Terma Perkhidmatan

Dikemas kini 16/10/2026

Terma ini terpakai kepada penggunaan Tempah (tempah.sejid.com), perkhidmatan yang dikendalikan oleh Rasa Reka Enterprise (202603257158 (TR0350254-T)), Malaysia.

1. Perkhidmatan

Tempah menyediakan page tempahan dalam talian dan dashboard untuk pemilik kedai menguruskan slot masa, servis dan tempahan pelanggan.

2. Akaun

Pemilik kedai bertanggungjawab atas ketepatan maklumat kedai, keselamatan kata laluan, dan semua tempahan serta urusan dengan pelanggan mereka sendiri.

3. Langganan dan bayaran

Akaun baru mendapat percubaan percuma 30 hari. Selepas itu, page tempahan kekal aktif dengan bayaran langganan seperti di page Harga. Bayaran dibuat terlebih dahulu untuk tempoh yang dipilih dan tidak diperbaharui secara automatik. Baki hari sedia ada ditambah kepada tempoh baru.

4. Penggunaan yang dilarang

Akaun tidak boleh digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia, penipuan atau spam. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.

5. Had tanggungjawab

Kami berusaha memastikan perkhidmatan sentiasa berjalan, tetapi tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat gangguan sistem, kesilapan maklumat yang dimasukkan pengguna, atau urusan antara kedai dan pelanggan mereka.

6. Perubahan

Terma ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa di page ini.

7. Hubungi

Emel: salam@sejid.com